Monday, 20 January 2014

CINTA HIGH CLASS versus CINTAKU KERANA AGAMAMU!!!

Novel nie adalah gabungan mantap hasil penulisan sepasang suami isteri yg sngt aku kagumi !!! siapa ek??? merekalah Ustazah Fatimah Syarha & suaminya Ustaz Farhan Hadi...sweet sngt pasangan ni...kalau nk tau mcm mana sweetnya mereka, bacalah novel ni...melalui tafsiran aku, setelah baca novel ni, aku rasa watak dlm cerita nie mereka berdualah...kalau nk tau, wajib baca...baru blh rasa... :)
sungguh, novel nie ada bg pengajaran serba sedikit utk kebaikan bersama...
Meh nak kongsi skit ayat dlm novel nie :



" Allah sedang menjagamu...
  Untuk Insan Istimewa,
  Jangan perjudikan kesucianmu...
       Dengan menghampiri zina ! "

* MAWAR BERHUNUS DURI *




CINTA TANPA NODA

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta, 
Tatkala berkasihan menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat pasangan yang kunikahi,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.









No comments:

Post a Comment