Wednesday 2 March 2016

friendship till JANNAH

26 February 2016

congrats on ur wedding day! barakallah...
inilah shbt merangkap adik ksygn sy...why??? sbb dia shbt yg dh bnyk bimbing sy...& deep inside my heart, i'm really hope to get "someone" like her in future, to copy half from her character!kikiki...


dia shbt yg

# akan marah setiap kali aku kluar umah tnpa pkai anak tdung! LOL (yelah, aku mnusia yg selemah-lemah iman, asal agak x jrng, aku bedal je, dia xkn pnat menegur even dh 100 kali pun...bkn mudah kn nk dpt shbt mcm nie?huhu...kdg tu ada hari yg dia trlepas pndng aku tibai je gi klas x pkai ank tdung...tmbh2 klau tdung sauk tu, mmg x jrang kn but the problem is rmbut akan trkeluar sna sni..hihihi...on that time jgk la dia akan bsing..."kak caa..rmbut tu" aku pn terkulat-kulat, sengih...muka dia on that time mmg bengang jgk la sbb dh bnyk kali psan kan...aku nie degil...huhu..kdg2 tu, dia x larat pnggil, dia buat2 manja.."kak caaa, sini japp"..then aku dgn innocentnya pi lah dkat dia...TAAPPPP...adoiiii!!! agak2 ape??hahaha...dia trik rmbut yg trkluar tu..dh bnyk kali...haha...sweet kan?and aku skit pun x mrh, nk nangis lg ade...huhu...sendu dlm hati...ada shbt yg caring gila..ko hade?? *nangis aku smbil throwback nie..moga Allah melindungi kau selalu, shbt syurga!

# org pertama yg sruh aku jd imam.....mau trkulat-kulat aku..dh la x pnh jd imam..Allah!!!msa mula dia sruh tu, sumpah aku nervous...biar btulll!!tp lpas dipujuk-pujuk, aku pn wt2 yakin je...msa tu pun aku nk nangis jgk..bkn ape..terharu...bnyk bnda lah rse time tu, brcampur smua...nk tau dia pjuk cmna? dia kta nnti2 nk jd imam utk anak2 pulak, cuba drpd skrg..hehe...so sweettt...then, aku suka dgr dia baca doa...aku jd imam, dia yg bca doa...haha...mna lah aku hfal surah lpas smbhyng tu...ank buah aku lg terer kot surah tu..hihi...then, lpas pd kjadian tu, blh dikatakan hmpir tiap2 hari ktaorng jemaah...dia bnyk jd imam..hehe...ALHAMDULILLAH ats nikmat nie...aku rse mmg khidupan aku mcm ada nur je spnjng tempoh tu...n skrg mcm lost bila dia dh xde ngn aku...moga Allah gntikan dgn yg lebih baik...amin...

# setia lahh tarik hjung lengan yg terlurut ke siku time naik bas...dh pesan kan sruh pkai handsock tp tau la aku nie...esok pakai, lusa x pakai, tulat handsock tinggal sebelah, lg sebelah hilng...huhuhu...mmg hari2 yg aku x pkai n dkat ngn dia time naik bas, dia akan pgg bg kain hjung lengan tu x trlurut ke siku...ALLAH, maka nikmat mana yg akan kamu dustakan? nikmat miliki shbt solehah mcm dia, i'm grateful!!!

# aku dilarang gi karaoke ngn tgk movie...huhu...payahhhh...dh la aku suka karookkk...movie jarang...tp skali skala tgk jgk...hehehe...alasan tmpt mksiat...but as for me, jnji aku x buat apa2, aku x pnh gi ngn boboy...but in fact, still x blh sbenarnya kan...huhu..ntah laaa...karoook pn sme, jnji aku x gi ngn lelaki...tp ye lah, still x elok kan...tp lpas je dia tgur tu, mmg lama jgk la aku x gi karook...lme bertahan...hehe...then aku pksa dia karook dlm blik...hahaha...

# suka bg nasihat & tguran ke arah kebaikan...dia akan slalu psan time2 dh nk tdo, bilik dh gelappp..perghhh mmg feel...aku nangis tiap kali dia bg talk..sngt terkesan kt hati...she's very positive n tough!! aku ambik apa yg baik n tinggalkan apa yg x baik...inshaAllah, aku cba slow2...only human...

# seorang yg kental gila2...xtau la kental thap mana nk ckp tp dia jnis berani tgur apa yg slh...mcm kita klau kwn2, x brani nk tgur even tau slh kn, tp dia nie selamba ja, jnji dia dh smpaikan apa yg betul...lg terharu bila org yg ditegur berubah! ko rse?? moga hidup dia dirahmati & diberkatiNya slalu...ye lah, kdg2 kita nie lebih memilih manusia drpd Allah kn, mngkin kita mengakui sygnya kita kt Allah, but still, sbnrnya kita lebih memilih manusia...ntah lah...aku pn cmtu lah kdg2...pyh jgk nk ckap...wallahualam...

moga persahabatan ini sentiasa dalam rahmat Allah...shbt hingga syurga...inshaAllah...


Thursday 11 February 2016

le younger/st sister's MARRIAGE

it took so long time that i haven't post the blog...hew hew hew...berhabuk dah!!tiup sikit...hehe..n now, i'm back...hihihi...
it's an important marriage...my only sister marriage...hehehe..first of all, congratz to my younger/st sister for the marriage...iolss dpt adk ipor..haha...welcome, adk khairul azhar to yusof's family...have fun!!! it's 7 february 2016 and i'm already 25 on 1st february!!! nnti iolss post gambo nsi lemak, hdiah bufday thn nie drpd insan tersyg dunia wal akhirat...hihihi...

klau ikut sunnah, it's kind of good age to get married yeah?? mne nk rembat kaum Adam nie?? hahaha...dia naik kapcai kot so lmbt skit lh nk sampai..kekeke...

alhamdulillah, majlis brjln dgn lancar, thanks to bro in law n hakak2 yg membantu dlm pmilihan wrna tema bju, sngt gojesss n mula2 serious tkut nk pkai then tgk lme2 bleh tahan, kasi tnggelam itu bride n groom...hahaha...tu makan dia, langkah hakak lg kan...naughty! hewhewhew...apepun iolss x ksh sbb i managed to get the habuan one...biarlah rahsia...

on that day, before n after, ade je yg tnya kt aq "ang bila lg? kakak bila plak? awk bila? fishah bila?" some people might take this Q emotionally...but for me, mmg mula2 agak down ngn soalan mcm nie but think positively, bnyk baiknya soalan mcm nie...

* diorng ambk berat
* ayat berbahasa, dh xde bnda lain nk dibualkan (penyeri perbualan)

but seriously, i have nothing to answer, just smile because the answer only depend to HIM...tu yg agak stress bila x blh nk jwb, something yg masih menjadi rahsia Allah...but honestly, i'm 25 n i got no bf, maintain je drpd zmn tlis blog 21 thn! hahaha... ntah la, mmg x jmpe lg yg btul2 kna ngn selera...bkn memilih, tp mmg x jmpe yg btul2 msuk ngn kepala, xkn nk pksa kot...huhuhu...tgk adik khwin, sibuk nk cri calon jgk? sooo not me!!! ade jgk yg tnya about my feeling ' apa perasaan bila adik yg khwin dlu?' hmppp..mmg bnyk perasaan...mcm2 brcampur...syukur sbb adk dh dpt psgn yg halal for sure, dia nk kluar gi mna pun dh x ksh dh...as a sister, rse lega sngt2...hanya HIM je yg tau ape yg ada dlm hati nie...then, sedih ye jgk sbb bnyk bnda dh x bleh buat sme2...tp tu kan kitaran hidup, i accepted it as normal...to conclude, alhamdulillah, smuanya selamat, moga hubungan n ikatan yg terbina berkekalan hingga ke syurga...moga adk bahagia n segala urusan hal ehwal rumah tangga dpt dipermudahkan olehNya...amin...



Thursday 5 February 2015

learn to be HUMBLE

Erti D e w a s a.
Tahu tak mengapa kita tidak boleh terlalu senang berlebihan saat dikurniakan 
kenikmatan? Agar kita menjaga yang lain untuk tetap bersyukur.
Kerana, tidak semestinya kita menjadi perantara orang untuk kufur nikmat.
Yang hamil, menjaga perasaan orang yang belum hamil.
Yang sudah menikah, menjaga perasaan orang yang belum menikah.
Yang kaya, menjaga perasaan orang yang miskin.
Yang sempurna fizikalnya, menjaga perasaan orang yang memiliki kekurangan fizikal.
Indah.
Kita menjaga diri bukan lantaran orang-orang disekitar kita iri.
Kita menjaga diri bukan bererti kita tidak berhak mengekspresikan rasa senang dan syukur kita.
Kita menjaga diri kerana kita ingin sama-sama bersyukur dengan mereka yang belum mendapati nikmat yang sudah kita dapati.
Kerana menjadi perantara syukur bagi orang lain adalah kenikmatan dan kebahagiaan yang sesungguhnya.
Sudah selayaknya, dalam berbahagia pun kita mesti bersabar.
Tidak melulu kebahagiaan itu disebut-sebut dalam pelbagai kesempatan,
sebab langit di sini belum tentu serupa dengan langit di sana. kiki emoticon

Saturday 24 January 2015

Pesanan seorang sahabat!

Perempuan!
Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental dan aktif dalam society, bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu, suka orang ini.
Nak jaga hati. Tak nak lagha. Tak nak fikir yang sia-sia. Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir-fikir balik, tak nak sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa. Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari. Bercampur baur dalam hati.
Itu lumrah, sayang. Apatah lagi dalam umur yang semakin mmeningkat dewasa. Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa. Cuma, terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana. Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.

Wake up. Hidup dalam dunia sebenar. Perjalanan dalam hidup ini jauh. Bukan sekadar soal saya suka awak dan awak suka saya, tiada apa lagi yang menjadi penghalang antara kita dan jom kahwin semata. Itu salah satu cabang penting lain yang juga perlu diberi fokus. Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang. Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka. itu yang dikata. Bila suka jangan terlalu suka. Bila benci usah terlalu benci. Selalulah untuk berada di tengah-tengah. Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa. Genggam kemas hati itu baik-baik. Usah mudah lemah. Bina semangat yang kental.

Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah. Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra. Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan. Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela dipaksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad. Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah. Belajarlah menjadi seorang wanita. Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam. Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.

Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana ada di hadapan segalanya terlihat indah. Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga. Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar. Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja. Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti. Kalau kita seorang perempuan yang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu mendidik anak-anak yang sedang membesar. Kalau kita seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak. Kalau kita seorang perempuan yang hanya tahu duduk bersenang lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami. Kalau kita seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak. Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil?

Ilmu sekarang bukan untuk sekadar skor dean's list dan belajar jurusan di universiti sahaja. Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu. Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya. Setidaknya mahu untuk be;ajar hukum-hukum fiqh, Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil. Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai. Setidaknya belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan kefahaman dalam Al-Quran. Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.

Belajarlah memasak (hahaha...kene setepek). Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk belajar. Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi. Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari (aku ler tu...huhuhu). Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.

 Ya, kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara. Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita kena belajar banyak perkara. Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.  Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara. Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar. Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurn
a tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke -7 mengalahkan Wonder Woman. Bukan. Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.


Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit. Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan. Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang dalam dirinya.

Usah terlalu risau akan soal jodoh. Usahalah setakat mana yang mampu. Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah. Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.
Hidup ini cukup mudah. Buat apa yang Allah suka dan reda. Dan suka serta reda dengan setiap apa yang diberi Allah.

Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.






Sunday 18 January 2015

SweeTTTT

yeahhh...post yg pertama utk awal thn 2015...happy new year, tahun baru, azam baru...moh kita muhasabah diri! ^_^

sweet? what is sweet? manis laaa...hehehe...bnda yg pertama trbyng dgn prkataan sweet nie, mestilah sweet bla ada someone yg blh treat kta dgn sweet... stu tngkh laku yg sweet by mr.perfect...ohh...sweetnya diaaa! hehehe... (mood gedik skali skala)

bila lh i nk rsa someone sweet2 dgn i nie? dear mr. right, please! do make my life sweet...sronoknya tgk org dating, tgk wyng, dpt present drpd boyfie...mmg sweet...tp still, it wasn't my way...even aku sronok tgk bnda2 mcm tu, hati mronta-ronta nk bnda yg sma jd kt aku, aku ttp x bleh nk accept that way...insyaAllah, moga sweet moments akn jd milik aku stu hari nnti...dgn mr.perfect a.k.a husband dunia akhirat...aminnn...

coz...
ada bnyk perkara yg aku nk wt skrg, teringinnn sngt tp trpksa aku tahan dlu demi DIA...and i'm really hope that HE will give me someone whom He loves very muchhh...aku tau, x mudah nk dpt someone yg DIA syggg...too much effort that i need to do in order to get him...may Allah ease my way...

dear you, don't be naughty...never date with any girls, cause i am doing the same...until now, i'm 24!!! just for u, only u, hamba yg masih menjadi rahsia Allah...take care u!

Sunday 25 May 2014

Last Trial :(









26/5/2014

rela aku pendamkan impian yg tersimpan, engganku keasyikan...gusar keindahannya merampas rasa cinta, pd DIA yg lebih sempurna...
mudah-mudahan, pengorbanan ini, membawa kpd sesuatu perkara indah yg x terjangka...
insyaAllah, ikhlas menerimanya...

kpd si dia yg terakhir, sy doakan awak sentiasa dilindungiNya...fokus pd kerja & agama...moga dpt yg terbaik dlm hidup, sahabat dunia & akhirat...jaga diri, sentiasa berusaha utk jd yg terbaik biarpun manusia x nmpk/pndng, Allah ttp menilainya...saya sayang awak, sahabat! ada jodoh, kita jumpa...dgn cara yg terindah & lebih diredhaiNya... ^_^

Tuesday 28 January 2014

mati

Bila sebut tntng mati, semua org tahu kan? Kematian adalah sesuatu yg pasti...semua org akan mati...setiap bangsa ada kepercayaan pd agama msg2, semua prcaya pd agama msg2 tp mati nie, semua agama percaya yg setiap manusia akan mati sbb bukti pun dh ada kt sekeliling kita...cuma, cara setiap agama tu mengendalikan mayat je berbeza...

Kematian tu blh jd ats sbb2 trtentu...setiap kematian psti ada sbb & Allah xkn bg mati mcm tu je tnpa sbb...kematian mmg x blh dinafikan...kalau tnya pun, smua org mesti tkut utk brhdpn dgn kematian...aku pun tkt...setiap kali terfikirkan mati, aku pasti menangis...aku bnyk dosa...mcm mana keadaan aku kt dlm kubur nnti? :(


"AL-MULK"


aku biasa amalkan bacaan surah nie sbb tok aku ckp, surah nie blh ringankan azab kubur...wallahualam...kdg2 aku baca dgn niat utk arwah2 org ksyngn aku yg dh meninggalkan dunia yg fana nie...amalkan la surah nie, sbb kita x tau mcm mana nasib kita dlm kubur nnti kan...jd, atas dunia nie, smntara masih ada peluang hidup yg Allah bg, kita amalkan sebanyak mungkin...mudah-mudahan berguna di masa akan datang yg setiap daripada kita x tahu bila nyawa kita akan diambil... :(


"MAK"


dia adalah insan yg paling aku syg dlm dunia nie...lg syg drpd diri sendiri...sehinggakan jika diberi pilihan, aku nk pergi dulu sebelum dia sbb aku x blh bygkan hidup aku tnpa dia...she's EVERYTHING!!! setiap masa aku akan ucapkan alhamdulillah setiap kali aku teringatkan dia, tnda aku syukur Allah kurniakan dia sbg (pinjaman) insan yg terlalu baik utk aku...walau apa pun yg jd, aku hrp aku akan pergi dulu sblm dia...cuma satu yg aku hrpkan, kematian aku diredhai & tidak ada tangisan yg akan mengiringinya...mudah-mudahan Allah panjangkan umur dia, aku & mereka yg aku syg...ahli keluarga, kwn2 & semuanya...


# terima kasih Allah utk anugerah/ kurniaan yg satu ini #


"husnul khatimah"


ya, kematian adalah sesuatu yg pasti & x dpt dinafikan, cuma aku mohon, aku & org2 yg aku syg akan berhadapan dlm suasana mati yg baik & dlm keadaan beriman kpdNya...mudah-mudahan kita semua akan mati dlm keadaan yg baik...Allah...Allah...Allah...i love HIM :)